MENGAWAL KECURIAN MAKLUMAT DALAM VISTA

Posted by yoshihiro On 23 - 04 - 2009

Windows Vista membenarkan kamu membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.... kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.

Buat Lock Kamu Sendiri

Dicatat oleh yoshihiro On 10:50:00 PM 0 ulasan
Pada hari yang amat mengantukkan ini saya akan kongsikan satu tip untuk kamu buat lock anda sendiri, tak payah bersusah payah untuk install software atau gunakan software yang mengarut-ngarut yang boleh membingungkan kepala kamu tapi sebaliknya saya akan yang akan membingungkan kepala kamu(gurau).

Perisian lock yang akan saya beritahu ini namanya adalah ElmyLock.bat. Ianya tidak ada jual dipasaran tetapi boleh didapati didalam blog saya sahaja dan kalau kamu terjumpa kat mana-mana, memanglah kamu beruntung bangat dan kamu bisa bikin saya kabur dengannya(loghat indonesia).

Untuk ElmyLock.bat ini saya sudah sediakan kodnya dan kamu cuma copy and paste sahaja, ikuti cara-caranya dibawah ini.

1. Tarik nafas perlahan-lahan.

2. Buka notepad kamu >Button Start>Program>Accessories>Notepad.

3. Salin Kod dibawah ini dan paste pada Notepad kamu yang dibuka tadi.


cls
@ECHO OFF
title Folder Personal
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Personal goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Personal "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set /p "pass=>"
if NOT %pass%==password goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Personal
echo Folder unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto UNLOCK2
:FAIL2
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Personal
echo Folder created successfully
goto End
:UNLOCK2
echo Last chance to enter correct password to unlock folder
set /p "pass=>"
if not %pass%==password goto FAIL2
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Personal
echo Folder unlocked successfully
:End



4. Cari baris 24 dan 42 iaitu <
if NOT %pass%==password goto FAIL>.

5. Untuk perkataan password itu kamu tukarkan kepada password kamu sendiri.

6. Selepas itu kamu 'save' nya kepada nama ElmyLock.bat

7. Buka Fail ElmyLock.bat tadi(tekan 2x).

8. Kamu akan dapati satu folder akan muncul iaitu Personal.

9. Masukkan fail atau barang yang hendak kamu simpan(Lock) didalam folder Personal itu.

10. Selepas selesai kamu tekan semula fail ElmyLock.bat tadi(tekan 2x) dan ikut arahan.


Untuk memahamkan lagi tentang ElmyLock.bat ini , saya sediakan juga contoh yang kamu boleh ikuti dibawah ini:-




Baca seterusnya..

Siuman Ke Tidak?

Dicatat oleh yoshihiro On 4:20:00 AM 1 ulasan



Pernah dengar tak rel kereta api hilang? Tak pernah, kan? Dalam bulan Ogos tahun 2004, dilaporkan sebanyak 75 keping besi, 600 bolt dan skru turut hilang.

Ya ALLAH, apa punya jahatlah manusia ni? Dulu dengar-dengar juga besi sign board jalan hilang. Kira dah pelik sangat dah tu. Sekarang besi rel kereta api pula boleh hilang. Wah, betul punya tak ada civic minded ! Ada ke besi rel kereta api nak dicuri. Tak fikir ke kereta api mana boleh brek mengejut. Alangkan kereta pun lanjut, inikan pula kereta api.

Macam mana orang boleh buat sesuatu yang amat tak masuk akal? Kot ya pun desperate sangat, takkanlah besi rel kereta api yang dicuri. Bayangkan, kerata api tengah laju, tiba-tiba tak ada landasan. Kan satu petaka besar? Petaka yang akan menyebabkan dunia mentertawakan kita. Ladasan kereta api di Malaysia hilang! Satu dunia gelakkan kita. Tak ke kelakar namanya tu!

Yang kita rasa peliknya tu, ada pula orang yang nak membelinya. Yalah, kalau dicuri maknanya adalah orang yang nak membelinya. Takkan curi besi landasan nak buat kandang kambing. Tentulah nak dijual. Ada pula hamba ALLAH yamg nak membelinya. Lansung tak fikir logik dan tak logiknya sesuatu urusan niaga tu.

Dalam berita tu lagi, disebutlah nilai besi sebanyak 75 keping bersama 600 bolt dan skru tu. Cuma RM5000. Alamak, cuma RM 5000 beb, bukan banyak. RM5000 punya pasal, sanggup gadai nyawa beratus orang. Apa punya manusia?

Satu lagi, pernah tak kamu dengar kabel pencawang elektrik hilang? Kalau tak missed baca paper, mesti terjumpa satu berita tentang seorang lelaki mati tersangkut pada pencawang elektrik milik TNB. Apa yang dibuatnya atas pencawang tu? Dah kurang pokok kelapa nak panjat ke? Banyak-banyak benda didunia ni yang dia panjat pencawang elektrik bervoltan tinggi tu apa pasal? Itu dah cari nahas namanya.

Apabila siasatan dibuat, didapati adalah dua tiga batang kabel yang dah putus. Hah, apa lagi yang kita boleh fikir kalau matinya tersangkut pada pencawang, ada kabel yang dah putus dan terjumpa playar besar dibawah? Apa maknanya tu?

Takkan sesat makan angin atas awan, mestilah nak mencuri. Banyak-banyak benda di dunia ni, kabel pencawang elektrik yang dia kebas. Yang hidup pula tu. Boto-boto tak do aka lah budak ni(loghat Negeri Sembilan).

Kenapa sanggup lakukan sesuatu yang ajaib seperti ini? Jawapannya ialah manusia apabila melakukan sesuatu perbuatan yang memberi risiko kepada dirinya dan orang lain, adalah termasuk dalam golongan orang yang sakit mental.

Mana ada centre otak tu kalau buat satu benda belum tentu benda tu menguntungkan? Risiko kamu cedera atau mati lebih besar daripada laba yang mungkin awak dapat? Orang tak siuman saja buat kerja macam ni. Takkan kamu ingat dengan mencuri kabel yang mengalirkan arus elektirk berkuasa tinggi boleh jadi kaya. Kalau pun kaya, kamu ingat berapa banyak lagi kabel kamu boleh curi? Itu pun Kalau sempat kaya.

"Orang yang hidupnya menyusahkan orang, sebenarnya bukanlah orang."
Baca seterusnya..

Rahsia Besar Dari Quran Bagaimana Menjadi Jutawan

Dicatat oleh yoshihiro On 7:33:00 AM 1 ulasan


Sekarang ni banyak tips-tips bagaimana nak kaya yang “spamming”di emel anda ?Betul tak?Sebenarnya, di dalam Quran terdapat satu RAHSIA (THE SECRET) bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN.
Berikut adalah ringkasannya:

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar
Rasulullah
bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati,
padahal mati
itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang
sedikit, padahal harta
yang sedikit meringankan hisab.”

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38,

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat)
yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan
sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi
dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi,

“Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu,
maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan
kepada orang yang meminta kepadaKu”

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa
kemiskinan selama-lamanya.”

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat. Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk”.


Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha. Firman Allah di dalam ayat berkenaan,

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”


Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.


Wallahu’alam Wisawaf.

Baca seterusnya..

Rahsia Solat

Dicatat oleh yoshihiro On 4:31:00 AM 0 ulasan


Kajian Yang Menarik.
  1. Solat juga boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk.
  2. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.
  3. Dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal.
  4. Terapi yang boleh dilakukan untuk orang yang mati pucuk, adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.
  5. Menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung. Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah paling bagus. Kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.


Kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya.

  1. Solat boleh merawat penyakit kronik.
  2. Setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
  3. Secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
  4. Apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
  5. Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negative. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
  6. Selain itu posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.
  7. Pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang.


Kajian Pakar.
  1. Menurut Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas, manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.Aktiviti senaman dan regangan dapat memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh, solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.
  2. Menurut Encik Ng Siew Chok, hasil kajian yang dilakukannya mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Keadaan berdiri seketika selepas ruku’ (tomakninah sebelum sujud) sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
  3. Menurut Dr Fatimah Ibrahim, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir. Orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Baca seterusnya..

Mengawal Kecurian Maklumat dalam Vista

Dicatat oleh yoshihiro On 5:31:00 AM 0 ulasan



Windows Vista membenarkan kamu membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.


1) Klik Start -> Run

2) Taipkan "gpedit.msc" dan tekan Enter

Untuk membuat halangan pemasangan peranti baru, cari aturan polisi berikut:

Computer Configuration\Administrative Templates\System\Device Installation\ Device Installation Restrictions

Untuk membuat halangan peranti media mudah alih, cari aturan polisi berikut:

Computer Configuration\Administrative Templates\System\removable Storage Access

Nota: Kemudahan Group Policy (gpedit.msc) hanya terdapat dalam semua jenis Windows Vista kecuali Home Basic dan Home Premium.

Baca seterusnya..

Langgan Sekarang! Dengan Feeds RSS

Yoshihiro-Collection
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Malaysia Web Hosting