MENGAWAL KECURIAN MAKLUMAT DALAM VISTA

Posted by yoshihiro On 23 - 04 - 2009

Windows Vista membenarkan kamu membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.... kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.

Langkah-langkah memasang Windows XP Professional

Dicatat oleh yoshihiro On 5:07:00 AM
Terdapat banyak cara untuk memasang Windows XP pada stesen kerja. Jika kamu memasang dengan memformat cakera keras, kemudian boot komputer melalui CD-ROM, cara ini dipanggil sebagai clean install. Kamu perlu menjalankan clean install jika:

» Komputer kamu menggunakan Windows 3.0, Windows 3.11, Windows 95 dan Windows 3.51
» Komputer kamu tidak menggunakan produk dari Microsoft
» Komputer kamu masih belum mempunyai sistem operasi

Mari saya mulakan dengan menjalankan instalasi Windows XP dari CD. Saya akan mengganggap komputer kamu belum mempunyai apa-apa sistem operasi di dalamnya.



1. Hidupkan PC anda dan masukkan CD-ROM Windows XP Professional ke dalam piring. Kamu perlulah terlebih dahulu mengaturkan supaya sistem kamu dapat boot melalui CD-ROM.

2. Selepas komputer selesai menjalankan POST, rutin setup untuk Windows XP akan bermula. Lihat gambarajah di bawah berikut:




Awalan program menunjukkan proses penyalinan fail-fail yang diperlukan oleh Windows XP. Semasa proses ini dijalankan, program setup akan memuatkan Windows XP (versi minima) sebelum dapat memulakan program setup. Secara spesifik, saat ini Windows akan memuatkan pemacu (driver) bagi kegunaan perkakasan yang tertentu.

3. Sebaik sahaja program setup selesai memuatkan kesemua fail-fail pemacu yang diperlukan, kamu akan dapat melihat senarai jadual partition bagi sistem kamu. Lihat gambarajah di bawah:



Gambarajah di atas menunjukkan sistem anda masih belum mempunyai partition. Untuk mencipta partition, kamu boleh menggunakan utiliti ini. NOTA: Jika sistem kamu sudah mempunyai partition, kamu boleh membuang partition tersebut dan menggantikan dengan partition yang baru.

Untuk membuang partition, tekan butang D. Untuk mencipta partition, tekan butang C.

4. Apabila kamu memilih untuk mencipta partition baru, kamu akan di bawa ke paparan berikut.



Gambarajah di atas menunjukkan paparan Partition. Kamu diberi pilihan untuk meletakkan saiz partition yang ingin diciptakan. Jika kamu tidak memahami maksud partition, saya mencadangkan kamu menggunakan keseluruhan saiz partition secara maksima, tekan butang Enter untuk ke peringkat seterusnya. NOTA: Perlu diingat Windows XP memerlukan saiz cakera keras sekurang-kurangnya 1.5GB.

5. Kemudian, kamu akan ditanya bentuk format bagi partition baru kamu. Terdapat beberapa pilihan format iaitu NTFS (Quick), FAT (Quick), NTFS, dan FAT. Pilih jenis format yang dikehendaki dan tekan butang Enter untuk ke peringkat seterusnya.



6. Setelah Kamu memilih jenis format, program setup akan memulakan proses format kamu partition yang diciptakan. Bergantung kepada saiz partition dan jenis sistem fail yang dipilih, proses ini akan mengambil masa antara 1 hingga 10 minit untuk selesai.



Gambarajah di atas menunjukkan proses memformat partition.

7. Kemudian Windows XP akan memulakan proses menyalin fail-fail sumber Windows XP dari CD ke dalam partition baru. Proses ini akan mengambil beberapa minit.



Gambarajah proses menyalin fail-fail Windows ke dalam cakera keras.

8. Setelah selesai menyalin fail-fail Windows, sistem akan reboot. Setelah komputer kamu selesai reboot, program setup akan bertukar ke mod GUI, saat ini sistem akan mengenalpasti dan memasang perkakasan yang terdapat di dalam PC kamu. Pada proses ini juga akan menyebabkan skrin kamu berkedip-kedip untuk beberapa kali kerana sistem cuba untuk mengenalpasti jenis kad video yang sedang digunakan.



9. Semasa dalam mod GUI, kamu akan ditanya untuk memeriksa setting Regional dan Language. Kamu juga perlu memasukkan Product Key bagi Windows XP. Nombor Product Key ini boleh didapati di label CD Windows XP.



10. Klik butang Next. Pada paparan berikutnya, masukkan nama komputer dan kata laluan Administrator. Klik butang Next, dan pada paparan seterusnya, pilih Time Zone bagi kawasan kamu.

11. Pada langkah berikutnya, kamu akan menetapkan konfigurasi pada Network Settings, terdapat dua pilihan diberikan: Typical dan Custom. Jika kamu memilih Typical settings, sistem kamu akan dipasangkan dengan komponen-komponen berikut:

- Client for Microsoft Networks
- QoS Packet Scheduler
- File and Print Sharing for Microsoft Networks
- TCP/IP, configured for DHCP

Jika kamu memilih Custom settings, kamu akan diberi peluang untuk menambah dan menetapkan konfigurasi network secara manual. Kamu tidak perlu risau tentang ini, jika kamu melakukan kesilapan pada konfigurasi, kamu masih boleh mengubahnya kemudian.



Gambarajah di atas menunjukkan konfigurasi Network Settings.

12. Berikutnya, kamu perlu menetapkan jenis network yang ingin disertai, sama ada Workgroup atau Domain. Jika kamu memilih untuk menyertai Domain, kamu akan ditanya untuk memasukkan maklumat username serta kata laluan bagi mengesahkan identiti kamu. Kemudian klik butang Next.



Gambarajah di atas menunjukkan paparan untuk memilih Workgroup atau Domain.

13. Sekarang kamu bolehlah membiarkan sistem kamu menyalinkan fail-fail yang diperlukan. Semasa proses penyalinan ini, sistem kamu akan memasang program-program ke dalam Start Menu, mendaftarkan komponen Windows dan membuang fail-fail sementara dari Temporary folder.



14. Apabila proses setup hampir siap, sistem kamu akan melakukan kemaskini dan reboot. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, sistem kamu terus akan memuatkan Windows XP Professional dan kamu bolehlah menggunakan sistem operasi baru kamu. Lakukan pemasangan perisian-perisian pihak ketiga seperti program utiliti, perisian pejabat, aplikasi internet sebaik sahaja kamu berjaya memasuki desktop Windows XP.

Semoga berjaya.

0 Response to "Langkah-langkah memasang Windows XP Professional"

Post a Comment

Langgan Sekarang! Dengan Feeds RSS

Yoshihiro-Collection
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Malaysia Web Hosting