MENGAWAL KECURIAN MAKLUMAT DALAM VISTA

Posted by yoshihiro On 23 - 04 - 2009

Windows Vista membenarkan kamu membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.... kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.

Makanan Yang Menceriakan Hari Kita

Dicatat oleh yoshihiro On 7:28:00 AM
Adakah kamu sering berasa tertekan? Tahukah kamu bahawa makanan boleh mambantu untuk mengurangkan tekanan anda? Percayakah anda ia juga mampu membawa ketenangan.

Ya! Makanan mempunyai ‘keajaiban’ yang bukan sahaja boleh meningkatkan prestasi harian kamu dan mententeramkan perasaan, malah dapat membantu anda mengatasi kebuntuan. Mengapa? Apakah ‘keajaiban’ itu? Wujudkah ‘keajaiban’ itu?

Makanan mempunyai pelbagai nutrien seperti makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien yang terkandung dalam makanan adalah seperti karbohidrat, protien dan lemak manakala mikronutrien pula merujuk kepada pelbagai jenis vitamin dan mineral. Nutrien-nutrien ini mempunyai fungsi tersendiri yang penting dalam metabolisma badan dan pengawalan aras hormon-hormon di dalam badan. Nutrien-nutrien inilah yang merupakan ‘keajaiban’ makanan.


Karbohidrat, protien, Vitamin B6, Vitamin B12, Vitamin C, folat dan kalsium mempunyai peranan penting yang boleh mempengaruhi perembesan hormon dalam badan, seterusnya mempengaruhi ‘mood’ (emosi) seseorang.

1. Roti penuh mil dan kentang
Nikmatilah roti dan kentang! Anda pasti berasa lega dan ceria berbanding dengan mereka yang suka menikmati makanan yang berlemak. Roti dan kentang merupakan makanan yang kaya dengan karbohidrat. Kentang juga kaya dengan triptofan.

2. Susu rendah lemak
Wanita digalakkan untuk minum susu rendah lemak kerana ia boleh membantu untuk mengurangkan kemurungan dan kegelisahan terutamanya menjelang sindrom pra-haid. Susu rendah lemak kaya dengan kalsium dan triptofan. Segelas susu rendah lemak boleh menyenangkan hati anda.

3. Labu
Labu merupakan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin B6. Jesteru itu, labu dapat menceriakan anda dan memberi ‘mood’ yang baik.

4. Bayam
Bayam kaya dengan folat yang dapat membantu untuk mengurangkan kegelisahan dan tekanan jiwa. Kebanyakan sayuran hijau merupakan sumber folat yang baik.

Berehatlah sebentar dengan menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat. Ia pasti boleh menenangkan minda dan mententeramkan jiwa kamu… Abadikan saat-saat indah bersama dengan orang tersayang. Diri kamu adalah apa yang anda makan.

0 Response to "Makanan Yang Menceriakan Hari Kita"

Post a Comment

Langgan Sekarang! Dengan Feeds RSS

Yoshihiro-Collection
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Malaysia Web Hosting