MENGAWAL KECURIAN MAKLUMAT DALAM VISTA

Posted by yoshihiro On 23 - 04 - 2009

Windows Vista membenarkan kamu membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.... kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.

Rahsia Besar Dari Quran Bagaimana Menjadi Jutawan

Dicatat oleh yoshihiro On 7:33:00 AM


Sekarang ni banyak tips-tips bagaimana nak kaya yang “spamming”di emel anda ?Betul tak?Sebenarnya, di dalam Quran terdapat satu RAHSIA (THE SECRET) bagaimana anda boleh menjadi JUTAWAN.
Berikut adalah ringkasannya:

Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar
Rasulullah
bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati,
padahal mati
itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang
sedikit, padahal harta
yang sedikit meringankan hisab.”

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38,

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak
dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat)
yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan
sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi
dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang
dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi,

“Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu,
maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan
kepada orang yang meminta kepadaKu”

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa
kemiskinan selama-lamanya.”

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat. Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45,

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang
khusyuk”.


Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha. Firman Allah di dalam ayat berkenaan,

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan
hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki
kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah)
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”


Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.


Wallahu’alam Wisawaf.

1 Response to "Rahsia Besar Dari Quran Bagaimana Menjadi Jutawan"

  1. Artikelnya menarik dan enak dibaca

     

Post a Comment

Langgan Sekarang! Dengan Feeds RSS

Yoshihiro-Collection
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Malaysia Web Hosting