MENGAWAL KECURIAN MAKLUMAT DALAM VISTA

Posted by yoshihiro On 23 - 04 - 2009

Windows Vista membenarkan kamu membuat (halangan) restriction pada perkakasan dan peralatan komputer dari kecurian data. Restriction ini boleh dikawal melalui Group Policy.

KAMU SEMBAHYANG LIMA WAKTU TETAPI...

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.... kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT

Posted by yoshihiro On 24 - 04 - 2009

Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.

Siuman Ke Tidak?

Dicatat oleh yoshihiro On 4:20:00 AM



Pernah dengar tak rel kereta api hilang? Tak pernah, kan? Dalam bulan Ogos tahun 2004, dilaporkan sebanyak 75 keping besi, 600 bolt dan skru turut hilang.

Ya ALLAH, apa punya jahatlah manusia ni? Dulu dengar-dengar juga besi sign board jalan hilang. Kira dah pelik sangat dah tu. Sekarang besi rel kereta api pula boleh hilang. Wah, betul punya tak ada civic minded ! Ada ke besi rel kereta api nak dicuri. Tak fikir ke kereta api mana boleh brek mengejut. Alangkan kereta pun lanjut, inikan pula kereta api.

Macam mana orang boleh buat sesuatu yang amat tak masuk akal? Kot ya pun desperate sangat, takkanlah besi rel kereta api yang dicuri. Bayangkan, kerata api tengah laju, tiba-tiba tak ada landasan. Kan satu petaka besar? Petaka yang akan menyebabkan dunia mentertawakan kita. Ladasan kereta api di Malaysia hilang! Satu dunia gelakkan kita. Tak ke kelakar namanya tu!

Yang kita rasa peliknya tu, ada pula orang yang nak membelinya. Yalah, kalau dicuri maknanya adalah orang yang nak membelinya. Takkan curi besi landasan nak buat kandang kambing. Tentulah nak dijual. Ada pula hamba ALLAH yamg nak membelinya. Lansung tak fikir logik dan tak logiknya sesuatu urusan niaga tu.

Dalam berita tu lagi, disebutlah nilai besi sebanyak 75 keping bersama 600 bolt dan skru tu. Cuma RM5000. Alamak, cuma RM 5000 beb, bukan banyak. RM5000 punya pasal, sanggup gadai nyawa beratus orang. Apa punya manusia?

Satu lagi, pernah tak kamu dengar kabel pencawang elektrik hilang? Kalau tak missed baca paper, mesti terjumpa satu berita tentang seorang lelaki mati tersangkut pada pencawang elektrik milik TNB. Apa yang dibuatnya atas pencawang tu? Dah kurang pokok kelapa nak panjat ke? Banyak-banyak benda didunia ni yang dia panjat pencawang elektrik bervoltan tinggi tu apa pasal? Itu dah cari nahas namanya.

Apabila siasatan dibuat, didapati adalah dua tiga batang kabel yang dah putus. Hah, apa lagi yang kita boleh fikir kalau matinya tersangkut pada pencawang, ada kabel yang dah putus dan terjumpa playar besar dibawah? Apa maknanya tu?

Takkan sesat makan angin atas awan, mestilah nak mencuri. Banyak-banyak benda di dunia ni, kabel pencawang elektrik yang dia kebas. Yang hidup pula tu. Boto-boto tak do aka lah budak ni(loghat Negeri Sembilan).

Kenapa sanggup lakukan sesuatu yang ajaib seperti ini? Jawapannya ialah manusia apabila melakukan sesuatu perbuatan yang memberi risiko kepada dirinya dan orang lain, adalah termasuk dalam golongan orang yang sakit mental.

Mana ada centre otak tu kalau buat satu benda belum tentu benda tu menguntungkan? Risiko kamu cedera atau mati lebih besar daripada laba yang mungkin awak dapat? Orang tak siuman saja buat kerja macam ni. Takkan kamu ingat dengan mencuri kabel yang mengalirkan arus elektirk berkuasa tinggi boleh jadi kaya. Kalau pun kaya, kamu ingat berapa banyak lagi kabel kamu boleh curi? Itu pun Kalau sempat kaya.

"Orang yang hidupnya menyusahkan orang, sebenarnya bukanlah orang."

1 Response to "Siuman Ke Tidak?"

  1. Anonymous Said,

    n0t bad lah...

     

Post a Comment

Langgan Sekarang! Dengan Feeds RSS

Yoshihiro-Collection
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani
Malaysia Web Hosting